February 26, 2011

TEMAN

ea hari ni aku ingin berbicara tentang teman......teman yang bukan bermaksud kawan tapi lebih kepada peneman aku untuk aku menjalani sisa sisa kehidupan..sampai bila aku nak mengharapkan kawan..satu hari nanti bila kawan aku dah berkahwin siapa nak temankan aku kat rumah, siapa nak temankan aku shopping, siapa nak temankan aku tengok tv, siapa nak temankan aku g bercuti, siapa nak ikut kepala gila aku ni, siapa nak temankan aku saat aku perlukan teman...

hari ni aku dapat gak tengok citer hindustan 'mujhse dhosti karoge' ntah ea ntah tidak la ejaan nya tapi bunyinya lebih kurang macam tu lah...

sekejap kejap tu jugak aku teringatkan M..satu nama yang dah lama aku cuba lupuskan dari ingatan aku...aku terkesima rasa nak nangis...macam mana harganya seorang kawan...seorang kawan yang berkorban cinta demi persahabatan...aku terfikir aku pernah korbankan cinta demi persahabatan...aku kalah akhirnya dengan perasaan sendiri hingga akhirnya aku lari membawa diri...akhirnya cinta yang aku korbankan tu tak bermakna pabila kawanku akhirnya berkahwin dengan orang lain..dulu aku fikir sia2 aku berkorban tapi kini aku akur dengan 'jodoh'...dah mmg bukan jodoh kami dengan dia...

lenyap pasal M aku teringatkan besfren aku plak...apa lah situasinya kalau satu hari nanti dia berkahwin...aku tak korbankan persahabatan aku demi cinta kerana aku pasti takkan ulangi kesilapan lama..aku takkan mencintai orang yang sama..tapi aku meletakkan tempat aku di tempat tina...macam mana perasaan aku melihat besfren aku pooja akhirnya mengecapi kebahagiaan dan akhirnya aku keseorangan...

tabah ke aku, kuat ke aku, sedih ke aku, kesunyian ke aku...aku tak tahu...

membayangkan sahaja boleh mebuat aku menangis...realiti...mahu aku teriak sampai bengkak mata agaknya...jangan salah faham...aku menangis kesedihan bukan pasal aku tak nak dia kawin cuma aku menangis kerana aku sudah tidak punya teman..komitmen dia sebelum kawin pasti tak sama dengan lepas kawin...mana letaknya aku pada ketika itu...itu yang aku tangiskan...ke mana nak ku bawa diri ini...aku dah penat berlari...sejauh mana lagi aku nak berlari....

aku cuma mengharapkan agar teman yang aku tunggu sebenarnya ada untuk aku...tapi aku takut kalau tempoh penantian itu jadi terlalu lama...contoh dah ada depan mata...alang dan along...tolong la ya Allah aku ta setabah mereka...kau pertemukanlah jodoh aku...aku merayu pada mu

hari ni jugak aku nak buat confession...aku berdiet, bersusah berlapar sebab benda2 macam ni lah....aku tahu aku kena buat sesuatu yang membolehkan otak aku tak berfikir pasal benda ni...hati aku sayu bila aku merayu pada anak buah aku untuk disayang...bila dia cium tanda sayang aku rasa nak peluk dia kuat2 nak nangis...bila tengok adik aku, bila dengar berita sepupu aku dah mengandung, aku rasa nak menjerit...tak sanggup dah...bulan 4 sepupu aku kawin...kalau aku kuat aku pergi tapi aku rasa baik aku tak pergi...aku tak sanggup dah...emosi aku dah tsunami...berbolak balik terumbang ambing....macam2 perasaan yang menghantui diri...aku tak boleh sendiri...bila sendiri aku akan berfikir yang bukan2...macam hari ni aku sendiri...laju je otak aku kesini....tolong lah ya Allah kau berikanlah aku kekuatan...aku merayu padamu ya Allah

No comments:

Post a Comment